Jom!

0

Keutamaan Puasa di Bulan Muharram

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah (puasa) di bulan Allah (bulan) Muharram, dan shalat yang paling utama setelah shalat wajib (lima waktu) adalah shalat malam.“[1].


Hadits yang mulia ini menunjukkan dianjurkannya berpuasa pada bulan Muharram, bahkan puasa di bulan ini lebih utama dibandingkan bulan-bulan lainnya, setelah bulan Ramadhan[2].

0

HUKUM MAKAN DAN MINUM SAMBIL BERDIRI


Hadits-Hadits yang melarang minum sambil berdiri
Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau mengatakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam melarang sambil minum berdiri. (HR. Muslim no. 2024, Ahmad no. 11775 dll)
Dari Abu Sa’id al-Khudriy, beliau mengatakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
melarang minum sambil berdiri. (HR. Muslim no. 2025, dll)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Janganlah kalian minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum
sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.”
(HR. Ahmad
no 8135)

0

SIFAT-SIFAT PAKAIAN WANITA ISLAM


Secara ringkasnya, berikut ini ialah sifat-sifat pakaian wanita dalam Islam, sebagaimana yang dapat diambil kesimpulan dan isyarat-isyaratnya daripada Quran, Hadith dan ajaran para Ulama dan Hukamak Islam:

0

Guantanamo 'Islamkan' Holdbrooks


NAMA Terry Holdbrooks, mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi. Seluruh dunia mengenali beliau sebaik sahaja kisahnya tersiar dalam majalah Newsweek keluaran Mac lalu.

Kisahnya berjaya menyingkapkan banyak lagi 'kejahatan' yang diciptakan oleh Amerika Syarikat (AS) walaupun atas nama pusat tahanan.

Kem Tahanan Tentera Teluk Guantanamo Cuba diwujudkan bagi menjadi pusat pengumpulan hasil buruan AS dalam gerakan Perang Terhadap Keganasan (War On Terror) setelah pertahanan negara itu diaibkan dengan tragedi 11 September 2001.

Namun kepada Holdbrooks, seluruh hidupnya berubah 360 darjah apabila penjara yang 'wajib' ditutup itu akhirnya menjadi saksi lafaz kalimah syahadah dengan penuh ketulusan hati yang suci bersih untuk menerima Islam.

0

Hukum Kencing berdiri


Kisah kencing berdiri boleh menyembuhkan kaki syaitan yang patah hanyalah merupakan dongengan manusia zaman batu.

Dalam Islam kencing berdiri tidak dilarang. Hanya yang lebih utama ialah kencing duduk dan ini termasuk dalam etika/adab Islam.

Dalam sebuah hadisnya Rasulullah saw bersabda: Tiga hal termasuk perangai yang kasar: iaitu seorang lelaki yang menyapu wajahnya dari debu tanah sebelum selesai solat, dan meniup debu tanah di tempat wajahnya (tempat untuk bersujud) ketika sedang solat dan apabila membuang air kecil, dia melakukannya sambil berdiri.

0

IBNU SINA – TOKOH PERUBATAN ISLAM.

IBNU SINA – TOKOH PERUBATAN ISLAM.

Latar Belakang Ibnu Sina

IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.

Syarikat Rokok Terus Meraih Keuntungan, Masyarakat Terus Menagih

Dalam masa 4 tahun sejak fatwa kebangsaan mengharamkan merokok syarikat-syarikat tembakau terus meraih keuntungan lumayan walaupun dalam keadaan kegawatan ekonomi semasa. Syarikat tembakau seperti Malaysian Tobacco Company Berhad (MTC) dilaporkan telah mencatat 42.4% peningkatan keuntungan kumpulan sebelum cukai kepada RM23.243 juta pada tahun berakhir 31 Disember 1998 berbanding RM16.122 juta pada tahun sebelumnya. Sedangkan pendapatan kumpulan setiap saham meningkat kepada 7.1 sen daripada 5.1 sen dalam tahun 1997. Sayugia diingatkan bahawa syarikat MTC adalah salah satu daripada anak syarikat gabungan terbesar yang telah memindahkan operasinya dari Hong Kong ke negara ini pada tahun lalu. Ia bersedia untuk meningkatkan lagi pengeluaran rokok dan sekaligus menjadikan Malaysia negara pembekalan dan pengekspot rokok yang terkemuka di rantau ini.

0

Kecubong ....oleh Razak Hj. Lajis & Adenan Jaafar


Tumbuhan yang tergolong dalam genus Datura ini mempunyai lebih daripada lima belas spesis dan semuanya dilaporkan sebagai beracun. Tumbuhan herba ini boleh menjangkau ketinggian hingga 6 kaki. Terdapat juga spesis yang boleh tumbuh melebihi ketinggian ini. Terdapat dua spesis utama iaitu spesis yang mempunyai daun, ranting serta batang berwarna yang hijau dan spesis yang mempunyai ranting dan batang terwarna unggu. Tumbuhan ini boleh didapati di kawasan yang beriklim panas lembab di seluruh dunia. Selain daripada tumbuh meliar ia juga ditanam untuk digunakan sebagai bahan dalam perubatan tradisional. Ia merupakan sejenis tumbuhan yang mudah tumbuh tanpa penjagaan yang rapi.

Di Malaysia, tumbuhan ini boleh didapati hampir di seluruh negara. Di beberapa tempat terutamanya di Utara Semenanjung, ia dikenali sebagai terung pengar atau terung pungak. Tumbuhan ini mudah dikenali kerana mempunyai bunga besar yang berbentuk loceng atau trumpet. Buahnya berbentuk hampir bulat dan berduri pendek. Tumbuhan yang mempunyai batang berwarna unggu dengan bunga putih kekuningan dikenali sebagai kecubong hitam. Manakala sejenis lagi tumbuhan daripada spesis ini yang mempunyai batang hijau dan keseluruhan bunganya berwarna putih dikenali sebagai kecubong putih.

Bahan Toksik

Semua bahagian tumbuhan ini adalah beracun terutama daun dan bijinya. Ciri-ciri keracunan tersebut tidak akan hilang atau terhapus walaupun bahagian-bahagian tumbuhan yang akan digunakan itu dimasak atau dikeringkan. Hiosin dan hiosamin merupakan antara alkaloid yang banyak ditemui di dalam buah, daun, ranting dan akar spesis tumbuhan ini. Begitu juga dengan skopolamin. Biji tumbuhan ini merupakan sumber utama sebatian ini. Sejenis lagi alkaloid dalam kumpulan alkaloid belladona iaitu atropin boleh juga didapati dalam tumbuhan ini walaupun jumlahnya adalah lebih kecil dari hiosin dan hiosamin. Kesemua sebatian-sebatian ini mempunyai sifat anti-kolinergik dan sedikit kesan narkotik. Kesan toksiknya akan mula nyata beberapa minit hingga beberapa jam selepas tumbuhan tersebut dimakan. Ini banyak bergantung kepada jumlah, bahagian dan cara pendedahan tersebut berlaku.

0

Fatwa Pengharaman Merokok

23 Mac 1999

Empat (4) tahun telah berlalu sejak pengumuman pengharaman tembakau yang dikeluarkan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Hal-Ehwal Islam Malaysia Ke-37 (MFK 37) pada 23 Mac 1995. Fatwa yang memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram berdasarkan kepada berbagai fakta yang pada umumnya mengambilkira kesan-kesan negatif yang diperolehi daripada tabiat menghisap rokok, baik daripada segi perubatan, sosial mahupun ekonomi.
Dalam tempoh masa empat (4) tahun ini, kenyataan fatwa itu telah dapat diperkuatkan lagi dengan beberapa peristiwa yang berlaku di seluruh dunia terutama sekali di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Ratusan juta ringgit telah dituntut daripada syarikat-syarikat tembakau sebagai pembayaran balik perbelanjaan kesihatan hasil daripada berbagai jenis penyakit akibat penggunaan tembakau terutamanya penyakit seperti penyakit jantung dan barah paru-paru, termasuk jugalah akibat penghiduan asap rokok secara pasif. Di samping itu, tidak kurang juga yang ketagih akibat salah satu daripada 4000 jenis bahan kimia dan racun yang terkandung di dalam rokok. Berpuluh-puluh saman telah dikenakan kepada syarikat-syarikat tembakau oleh orang perseorangan, organisasi mahupun kerajaan-kerajaan tempatan di seluruh dunia.

Langkah-langkah mengawal rokok

0

25 Disember!!


Tanggal 25 Disember...
Pd setiap thn detik ini merupakan suatu detik yg ditunggu-tunggu oleh penganut Kristian....Hal ini kerana mereka menyambutnya sebagai Hari Krismas atau Hari Natal.....Namun begitu..kita sbg penganut agama Islam yg murni,suci,lagi benar ini...tidak bolehlah turut sama2 merayakannya!!
Hal ini kerana ianya umpama membenarkan agama mereka..iaitu agama Kristian...
......
tolong sebarkannya kpd umat Islam yg lain!!

Rehat Sebentar!

0

34 Tips Pelajar Cemerlang

1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

2. Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

0

Adakah Anda Masih Ingin Merokok?



Seperti 80% perokok yang lain, anda mungkin telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Apakah ianya terlalu lewat untuk anda berhenti? Jawapannya sudah tentu tidak.

0

Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?


Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?

0

Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?


Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

0

Kelebihan Surah Yassin



RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi
keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh
menjadi kenyang.

0

Bijirin

Udin disiapkan sarapan pagi bijirin dengan susu oleh ibunya. Udin yang mempunyai aquarium, berjalan ke arah aquarium dengan segenggam bijirin di tangan, berniat memberikan bijirin tersebut untuk makanan ikan-ikan di dalam aquarium. Tepat ketika Udin nak berikan bijirin, ibunya masuk ke ruang makan.

0

Terkangkang

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

0

Surat Putus Cinta

Surat Putus Cinta



Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melelui surat. Suratnya berbunyi begini:-

Hi,

0

Bunuh Diri

Bunuh Diri



Seorang pesakit mental cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai tetapi berjaya diselamatkan oleh seorang pesakit mental yang lain pula. Tidak lama kemudian pesakit yang menyelamatkan temannya itu dipanggil oleh doktor yang merawat mereka.

0

Thank You Seven

Thank You Seven



Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh ; Oh, I'm sorry
Pemuda ; It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh ; Thank you too.
Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh ; ( hairan ) what for?
Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh ; Are you sick?
Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
Mat salleh ; ( bingung )
0

Dialog Dua Hantu

Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.
__________________
0

Pesanan dan peringatan......



Ditulis oleh Syed Mohd Azlan
1. Bulu kening -
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening-Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng -
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian -
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada -
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi -
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher -
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan -
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan -
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata -
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) -
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan –
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian -
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut -
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
1


nothing to say!........cuti sekolah lagi 2 minggu.......study x start lagi...thn depan SPM...!!
1

Solat Dlm Penerbangan




-Oleh sebab di dlm kpl terbang ada ruang2 yg membolehkan kita bersolat secara berdiri, maka hendaklah kita berdiri

-Sekiranya dlm keadaan darurat hingga tidak dpt berdiri,misalnya(cuaca tidak baik)..hingga kpl terbang itu tidak tenteram, maka bolehlah solat setakat mana yg boleh.Jika kpl terbang itu tenang, maka wajib berdiri.

-Berwuduklah secara bersederhana memandangkan kekurangan air

-Masalah kiblat hendaklah dilihat dlm peta di mana kita berada dan bertanyalah kpd pihak berkenaan di dlm kpl terbang itu.

*rujukan drp buku Indahnya Hidup Bersyariat.........ditulis oleh Al-Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid
0

.....



banyak2lah berzikir!
0
PESANAN PEMIMPIN HAMAS
Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau
telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat
Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan
Dr Khalil)
Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk
menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan
jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.
Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng
pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga
telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding
kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu
jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami
mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.
Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan
juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan
tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di
Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah
jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti.
Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.
Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama
perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau
bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser,
sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh
tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk
pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah
menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di
pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang
asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai
peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini.
Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan
hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam
semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.
HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk
memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya.
HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji
dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka.
HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan
gigi sahaja. Itulah janji kami.
Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi
kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya
merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS.
Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik
pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.
Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita
telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang
jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah
wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah
pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta
Page155 Of 52
Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah
lagi yang akan menyedarinya???
Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi
memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah
memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila
memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa
besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya
yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan
yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan
yang mewakili anda semua di seluruh dunia.
Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3
bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan
makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru
ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi.
Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di
Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir
dibatalkan kerana kekurangan kertas.
Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin
oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah
memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana
kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan
kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah
tekanan ini akan berakhir?
Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada
rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk
memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk
memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin.
Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh
kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.
Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara
seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga,
saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung
kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis.
Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan
mereka?
Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk
menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan.
Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan
kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada
tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami.
Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan.
Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan
perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan.
Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak
akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk
melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?
Umat Islam di Malaysia sekelian,
Page156 Of 52
Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami
akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami
memerlukan sokongan dan bantuan anda.
Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja,
nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak
akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.
Umat Islam di Malaysia,
Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1
(RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.
Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan
sesuatu.
Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia,
termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.
Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.
Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong
perjuangan rakyat Palestin.
Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.
Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda
sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam
perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat
bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam
akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...
Allah Akbar!!!
0

Ingatlah!!


: Khutbah Terakhir Rasullulah- 2 Senjata Terbesar Umat
Islam
Rasullullah s.a.w telah meninggalkan dua perkara yang teramat penting kepada kita,di
mana dengan berpegangkan dua perkara ini,maka kita tidak perlu risau atau merasa takut
lagi kerana ia akan menjadi benteng sekaligus senjata yang amat ampuh melawan
syaitan-syaitan manusia dan syaitan-syaitan jin. Dua Senjata Utama umat Islam ini
terkandung di dalam Khutbah Terakhir Rasullullah s.a.w,kepada umat Islam inilah harta
pusaka yang tidak ternilai harganya ditinggalkan olh Rasullullah kepada
kita.Hayati,sebar-sebarkan dan ambil peringatan daripadanya.

KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH S.A.W. KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9
ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan ! Aku tidak mengetahui
apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah
dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat
hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka
anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta
yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti
sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya
kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala
amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan
riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa
untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya
kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga
mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka
mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka
kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak
kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu
tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah,
dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat
dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah
bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah
sama tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan
amal soleh.

0

Kemusnahan Dunia Kian Hampir
Kata Pengarang:
Salam semua. mungkin ada yang tidak dapat online untuk menerima maklumat ini. Jadi saya terbitkannya di dalam buku,maka anda boleh bacanya tanpa menggunakan internet dan yang lebih penting dapat menyebarkannya secara meluas.di dalam e-book ini akan diulaskan mengenai pertubuhan dajjal yang berada di dunia ini. Tidak terkecuali pertubuhan ini bertapak di Malaysia. Pembongkaran mengapa al-aqsa mahu dirobohkan dan palestin di serang. Pembangkitan dajjal di akhir zaman, pembongkaran cara pembangkitan dajjal melalui tenaga negatif yang terdapat pada bangunan2 dan yang paling penting sekali adalah rancangan mereka pada dunia ini.semuanya akan terbongkar di sini.. Anda akan lihat realiti yang sebenar... Allah pasti akan memberi ganjaran kepada siapa yang berjuang untuk agamanya. Ingatlah hidup hanya sekali, akhirat adalah selamanya. Berjuanglah kita kerana illahi selagi nyawa di ampung badan

Blog:
http://holywar-efairy.blogspot.com/

E-Book Info:
Bab 1 :Pertubuhan-pertubuhan Dajjal Al-Masikh
1.1 secret society
1.2 secret society-illuminati
1.3 secret society-freemason
1.4 Secret Society-Pangkat Dalam Freemason
1.4 Secret Society-Priory Of Sion
1.5 Secret Society-Bilderberg Group
1.6 Secret Society-Council on Foreign Relationship (CFR), Trilateral Commission (TC)
1.7 Secret Society-Rahsia The Great Seal
1.8 Secret Society-Pangkat Dalam Freemason
1.9 Secret Society-thirteen Illuminati Bloodlines

Bab 2 : Kewujudan dan bukti freemason di Malaysia
2.1 Senibina berunsurkan Illuminati.
2.2 Misteri di sebalik ciptaan bendera Malaysia
2.3 matlamat freemason
2.4 Prinsip-Prinsip Freemason:

Bab 3 : Sign rahsia (the one eye around us)
3.1 Konspirasi Dunia : Artis-Artis Illuminati

Bab 4: Mengenali Dajjal
4.1 Doa menghindari fitnah dajjal

Bab 5 : Rancangan kejam mereka pada 2012?!
5.1 Konspirasi Dunia- The Millennial Temple
5.2 Konspirasi Dunia- One World Government
5.3 Konspirasi Dunia- World Trade Center 9/11
5.4 Konspirasi Dunia- World Trade Center 9/11

Bab 6 : Umat Islam ditindas,siapakah penyelamat,nantikan kedatangan Panji Hitam U***** Timur
6.1 Kajian Hadis Rasullulah Tanda Kiamat- A Days Of Dajal
6.2 Para Syuhada Gaza Tersenyum
6.3 Kekejaman Yahudi
6.4 Kajian Hadis Rasullulah Tanda Kiamat- Panji Hitam U***** Timur
6.5 Khutbah Terakhir Rasullulah- 2 Senjata Terbesar Umat Islam

Download Link:
http://www.mediafire.com/?qmkl2yhwxz2
*pass:freeourmind
 
Copyright © NoW- a -DaYs