Jom!

Ingatlah!!


: Khutbah Terakhir Rasullulah- 2 Senjata Terbesar Umat
Islam
Rasullullah s.a.w telah meninggalkan dua perkara yang teramat penting kepada kita,di
mana dengan berpegangkan dua perkara ini,maka kita tidak perlu risau atau merasa takut
lagi kerana ia akan menjadi benteng sekaligus senjata yang amat ampuh melawan
syaitan-syaitan manusia dan syaitan-syaitan jin. Dua Senjata Utama umat Islam ini
terkandung di dalam Khutbah Terakhir Rasullullah s.a.w,kepada umat Islam inilah harta
pusaka yang tidak ternilai harganya ditinggalkan olh Rasullullah kepada
kita.Hayati,sebar-sebarkan dan ambil peringatan daripadanya.

KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH S.A.W. KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9
ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan ! Aku tidak mengetahui
apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah
dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat
hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka
anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta
yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti
sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya
kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala
amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan
riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa
untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya
kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga
mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka
mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka
kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak
kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu
tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah,
dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat
dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah
bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah
sama tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan
amal soleh.



Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah
tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran
selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak
akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah
kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada
kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya
nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan
Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada
orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan
begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami
kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada
hamba-hamba-Mu.

0 comments:

 
Copyright © NoW- a -DaYs